MENJANA INSAN SEIMBANG MELALUI KAEDAH 10Q’s
(2 hari)
Pengenalan
Semua masalah yang menggugat kehidupan manusia disebabkan amalan dan tindakan yang tidak seimbang. Usaha untuk menseimbangkan hidup juga sering gagal kerana dijalankan secara tidak bersepadu. Hanya pendekatan bersepadu yang akan dapat menghasilkan penghidupan yang seimbang dan menggamit kejayaan yang hakiki. Melalui kajian; penelitian “meta analysis”, pemerhatian dan pengalaman lebih 20 tahun, satu modul latihan berteraskan kaedah 10 Q’s telah dibentuk oleh Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam penghidupan.
Kaedah 10 Q’s amat sesuai dan berimpak untuk menjana kecemerlangan dalam kehidupan berumahtangga, kerjaya, kehidupan bermasyarakat dan segala aspek kehidupan yang lain. Menyedari kepentingan antara motivasi dan kecemerlangan , maka Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan profesionalnya untuk mengen¬dalikan Program Menjana Insan Seimbang Melalui Kaedah 10Q's kepada pegawai dan kakitangan agensi pelanggan
Objektif Kursus
Setelah menjalani kursus ini, para peserta akan dapat:
1. Mengenalpasti kekuatan, kelemahan, bakat dan potensi diri.
2. Mengubah paradigma mengenai diri dan paradigma terhadap setiap aspek kehidupan.
3. Memahami punca-punca kegagalan manusia.
4. Memahami kaedah transformasi diri melalui model 10 Q’s.
5. Memahami langkah bijak insan, pekerja dan anggota masyarakat yang terbilang.
6. Merancang dan merealisasikan kecemerlangan diri yang bersepadu.
7. Menjadi insan yang diberkati, bahagia, disayangi keluarga, majikan dan masyarakat.
Kandungan Kursus
Hari Pertama
08:30 - 09:00 pg Pendaftaran, Suaikenal dan Taklimat Ringkas
09:00 - 10:30 pg Sesi 1: Analisis Profil Kendiri
10:30 - 11:00 pg Minum Pagi dan Perbincangan Tidak Formal
11:00 - 01:00tgh Sesi 2: Tranformasi Diri Melalui Model 10 Q’s (1)
1. IQ = Intelligent Quotient
2. EQ = Emotional Quotient
01:00 - 02:30 ptg Makan Tengahari, Solat Zohor & Perbincangan Tidak Formal
02:30 - 05:00 ptg Sesi 3: Transformasi Diri Melalui Model 10 Q’s (2)
3. RQ = Religious Quotient
4. SQ = Social Quotient
5. MQ = Motivation Quotient
05:00 - 05:30 ptg Minum Petang dan Bersurai
Hari Kedua
09:00 - 10:30 pg Sesi 4: Transformasi Diri Melalui Model 10 Q’s (3)
6. AQ = Adversity Quotient
7. VQ = Verbal Quotient
10:30 - 11:00 pg Minum Pagi dan Perbincangan Tidak Formal
11:00 - 01:00tgh Sesi 5: Transformasi Diri Melalui Model 10 Q’s (4)
8. LQ = Motivation Quotient
9. PQ = Physical Quotient
10. BQ = Balance Quotient
01:00 - 02:30 ptg Makan Tengahari, Solat Zohor & Perbincangan Tidak Formal
02:30 - 04:30 ptg Sesi 6: Rangka Tindakan Bersepadu
* Pelan induk untuk menjana 10 Q’s
* Jejak-jejak menuju kecemerlangan
* Kontrak diri
04:30 - 05:00 ptg Penilaian Kursus
Penyampaian Sijil
Majlis Penutup
Metodologi Kursus
Syarahan yang interaktif, penerangan dengan menggunakan LCD Projektor, analisis profil kendiri, sesi soal jawab, perbincangan, dan kaunseling peribadi/kumpulan, Rujukan dan rundingan (consultancy) dan doa-doa kecemerlangan.
Fasilitator Kursus
1. Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
Pengarah Urusan/Perunding Utama,
Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.
2. Prof. Hj. Mohd Hanim b. Tahir
Pengarah Eksekutif/Perunding Utama,
Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.
Peserta Kursus
Kursus ini dirancang untuk 40 - 45 orang pegawai dan kakitangan agensi pelanggan.
Tarikh dan Tempat Kursus
Tarikh dan tempat untuk menjalankan kursus ini akan ditentukan oleh pihak agensi pelanggan. Perbincangan dengan pihak kami amatlah dialu-alukan.
Bayaran Pakej Keseluruhan (All-In)
Bayaran pakej yang diminta adalah sebanyak RM 16,000.00 (Ringgit Malaysia: Enam Belas Ribu Ringgit Sahaja) yang akan menampung segala perbelanjaan yang berikut:
* Bayaran Khidmat Penceramah
* Bahan kursus (Nota, Alat Tulis, Sijil Kecemerlangan, Fail)
* Khidmat Profesional dan urusetia
* Laporan Keberkesanan Kursus
Lain – lain kos yang terlibat seperti Penginapan, Makan Minum, Tiket Penerbangan (Business Class) atau elaun perbatuan (jika berkaitan) adalah ditanggung oleh pihak agensi pelanggan.
SEBARANG PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI
NORHISHAM ABDULLAH
PENOLONG EKSEKUTIF LATIHAN
EXCEL TRAINING & CONSULTANCY
03 - 8926 2501 SAMB:114.
~ flower shawl ~
15 years ago
No comments:
Post a Comment