7.8.09

KURSUS KECEMERLANGAN DALAM PEMBINAAN PASUKAN KERJA

Agensi Perunding : Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.

Pengenalan

Setiap organisasi di Malaysia sama ada kerajaan atau swasta, memerlukan pegawai-pegawai yang cemerlang dalam segala aspek kerja. Faktor kecemerlangan ini terasa lebih kritikal pada masa ini kerana kita sedang menempuh era k-ekonomi yang amat mencabar.

Sejarah menunjukkan bahawa kecemerlangan yang sebenar-benarnya tidak dapat dihasilkan oleh individu-individu atau kumpulan individu yang mempunyai ilmu, kemahiran dan kesihatan semata-mata. Ada lagi faktor lain yang perlu ada pada setiap individu tersebut termasuk semangat kerja berpasukan dan semangat kekeluargaan dalam organisasi.

Penyelidikan menunjukkan bahawa sebahagian besar pegawai-pegawai dalam organisasi-organisasi di Malaysia belum lagi terdedah kepada latihan bersepadu (integrated) yang menggabungkan aspek-aspek ini, iaitu ilmu, kemahiran, kecemerlangan fizikal, kemantapan emosi, kerohanian dan semangat kerja sepasukan.

Menyedari hakikat ini, maka Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. menawarkan khidmat profesionalnya untuk mengendalikan Kursus Kecemerlangan Dalam Pembinaan Pasukan Kerja kepada pegawai dan kakitangan agensi pelanggan.

Objektif Kursus

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan peserta sebagai "individu yang bersepadu" dan dapat bekerja sebagai satu pasukan. Setelah menjalani kursus ini, para peserta akan dapat:

1. Mengenali diri dan memahami tanggungjawab dalam konteks kerja berpasukan.

2. Memahami teknik menggerakkan diri ke arah menjadi "orang baru" dan ahli
pasukan kerja yang cemerlang.

3. Memahami dan menghayati tentang nilai-nilai murni dalam bekerja secara
berpasukan.

4. Menyedari dan lebih peka mengenai kepentingan kerjasama dan teknik membentuk
pasukan kerja yang cemerlang.

5. Memahami teknik berkomunikasi dan hubungan kemanusiaan dalam kumpulan.

6. Memperbaiki sikap, amalan, dan mempertingkatkan disiplin serta dedikasi diri
ke arah bekerja dengan cemerlang sebagai satu pasukan.

Aturcara Kursus

Hari Pertama (Jumaat)

03:00 - 04:00 ptg Bertolak Ke Pusat Latihan

04:00 - 04:30 ptg Pendaftaran, Suaikenal, Taklimat Ringkas dan Check-In Bilik

04:30 - 05:30 ptg Minum Petang dan Solat Asar Berjemaah

05:30 - 06:30 ptg Senaman Kalistenik dan Pembentukan Kumpulan

06:30 - 09:00 mlm Makan Malam, Persiapan Diri, Solat Maghrib Berjemaah, Bacaan
Taklim dan Solat Isya' Berjemaah

09:00 - 11:00 mlm Sesi 1 : Penganalisisan Kendiri

11:00 malam Minum Malam dan Berehat

Hari Kedua (Sabtu)

06:00 - 07:00 pg Solat Subuh Berjemaah dan bacaan taklim

07:00 - 08:00 pg Senaman kalistenik dan Aktiviti Kumpulan

08:00 - 09:00 pg Sarapan Pagi dan Persiapan Diri

09:00 - 11:00 pg Sesi 2: Pembentukan Imej Diri & Pasukan Kerja Yang Kental

10:30 - 11:00 pg Minum Pagi dan perbincangan tidak formal

11:00 - 01:00 ptg Sesi 3 : Pembentukan Pasukan Kerja Yang Cemerlang

01:00 - 02:30 ptg Makan Tengahari dan Solat Zohor Berjemaah

02:30 - 04:30 ptg Sesi 4: Program Kembara Minda

04:30 - 05:30 ptg Minum Petang dan Solat Asar Berjemaah

05:30 - 06:30 ptg Dibriefing Kembara Minda

06:30 - 09:00 mlm Persiapan Diri, Makan Malam BBQ, Solat Maghrib dan Solat
Isyak Berjemaah

09:00 - 10:30 mlm. Sesi 5: Ceramah Agama -- Personaliti Muslim Dalam Membina
Pasukan Kerja Yang Cemerlang

10:30 malam Minum Malam dan Pengurusan Diri

Hari Ketiga (Ahad)

06:00 - 07:15 pg Solat Subuh Berjemaah dan bacaan taklim

07:15 - 08:00 pg Senaman Kalistenik dan Aktiviti Kumpulan

08:00 - 09:00 pg Sarapan Pagi dan Persiapan Diri

09:00 - 11:00 pg Sesi 6 : Kerjasama Dalam Pembinaan Pasukan Kerja

10:30 - 11:00 pg Minum Pagi dan perbincangan tidak formal

11:00 - 01:00 ptg Sesi 7: Satu Fikir Satu Hati dalam Memajukan Organisasi

01:00 - 02:30 ptg. Makan Tengahari dan Solat Zohor Berjemaah

02:30 - 04:00 ptg. Sesi 8: Hubungan Kemanusiaan Yang Cemerlang

04:00 - 05:00 ptg Sesi 9: Rangka Tindakan Merealisasikan Pasukan Kerja Yang Unggul

05:00 - 05:30ptg Penilaian kursus
Penyampaian sijil
Majlis Penutup
Minum Petang dan bersurai

Metodologi Kursus

Syarahan, penerangan menggunakan LCD projektor, perbincangan, latihan amali dan simulasi, Latihan dalam kumpulan, kaunseling peribadi/kumpulan, kembara minda, dan riadah.

Fasilitator Kursus

1. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah
Pengarah Urusan/Perunding Utama,
Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.

2. Prof. Hj. Mohd Hanim b. Mohd Tahir
Pengarah Eksekutif/Perunding Utama
Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.

3. Pn. Rohani binti Saad
Perunding Latihan,
Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.

4. En. Khairul Saleh bin A.B Dullah
Perunding Latihan Kanan,
Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.

5. En. Ahmad Faizal bin Haji Nasir
Perunding Latihan,
Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.

6. Ustaz Mohammad Rozie bin Mohd Rejab
Penceramah Undangan,
Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.

7. En. Mohd Jamil bin Muhammad
Jurulatih Luar,
Excel Training Resorts Sdn. Bhd.

Bilangan Peserta Kursus

Kursus ini adalah dirancang untuk 40 - 45 orang pegawai dan kakitangan Agensi pelanggan.

Tarikh dan Tempat Kursus

Tarikh untuk menjalankan kursus ini akan dibincangkan dengan pihak agensi pelaggan. Manakala tempat kursus yang dicadangkan oleh pihak kami ialah di Excel Training Resorts, Kampung Kapal, Ulu Beranang, Lenggeng, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Bayaran Pakej Pelaburan
i) Opsyen 1
Bayaran pakej yang diminta adalah sebanyak RM 20,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ribu Sahaja). Fasilitator yang terlibat ialah Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Prof. Hj. Mohd Hanim Tahir dan perunding latihan Excel Training.

ii) Opsyen 2
Bayaran pakej yang diminta adalah sebanyak RM 15,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Belas Ribu Sahaja). Fasilitator yang terlibat ialah Prof. Hj. Mohd Hanim Tahir dan Konsultan Excel Training. (DMFK tidak terlibat).

iii) Opsyen 3
Bayaran pakej yang diminta adalah sebanyak RM 12,500.00 (Ringgit Malaysia : Dua Belas Ribu Lima Ratus Sahaja). Fasilitator yang terlibat merupakan Konsultan yang berkhidmat di Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. (DMFK dan MHT tidak terlibat).

Pakej ini akan meliputi kos yang dinyatakan seperti berikut:
* Bayaran khidmat fasilitator
* Bahan Kursus (Nota, Fail dan Alatulis)
* Sijil Kecemerlangan
* Khidmat Urus Setia
* Khidmat Profesional
* Laporan Keberkesanan Kursus

Lain-lain kos yang terlibat seperti penginapan, makan minum, pengangkutan (tiket penerbangan – jika berkaitan), tempahan tempat dan peralatan latihan, kos penggunaan lain-lain kemudahan dan sebagainya adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak agensi pelanggan.

SEBARANG PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI

NORHISHAM ABDULLAH
PENOLONG EKSEKUTIF LATIHAN
EXCEL TRAINING & CONSULTANCY
03 - 8926 2501 SAMB:114.

No comments: